Saturday, October 1, 2011

When A Girl Really Fall In Love :-*

asian, cute, fashion, girl, pretty

Bila wanita benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati wanita yang dianggap lemah selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi seteguhnya apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan wanita yg benar-benar mencintai kekasihnya sanggup berkorban dan buat apa sahaja demi kebaikan kekasihnya. Sekeras manapun hati wanita pabila merajuk/memarahi kekasihnya ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat wanita tabah untuk menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda wanita yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya keraan perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada wanita lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
15. Dia tidak akan melayan lelaki lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
16. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun banyak lagi kerja yang tergendala.
17. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
18. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta lelaki lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
19. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
20. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
21. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
22. Bukan semua perempuani sanggup menitiskan airmatanya untuk seorang lelaki dengan ikhlas hati.HARGAILAH MEREKA.

#Awak, semua betul kan sayang? :-* Hope hati awak tak pernah berubah untuk mengasihi saya. Love you sayang
Kbai



Gracias :3